Sejajar dengan perubahan kepada trend-trend Sumber Manusia, penggunaan teknologi dalam pengurusan sumber manusia juga turut berubah. Teknologi yang dahulunya digunakan sebagai sokongan kepada fungsi-fungsi PSM, kini telah bertukar sebagai alat strategik yang menyumbang ke arah kejayaan organisasi. Para eksekutif sumber manusia kini melihat teknologi dan maklumat yang boleh diperolehi sebagai input penting bagi membantu mereka membuat keputusan dan melaksanakan proses yang boleh membawa keuntungan kepada organisasi mereka. Di peringkat antarabangsa, organisasi-organisasi gergasi seperti Sun Microsystems, Motorola dan Cisco Systems telah menggunakan teknologi berdasarkan web dengan jayanya bagi membantu fungsi-fungsi sumber manusia.
Kerajaan komited untuk mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan Pengurusan Sumber Manusia (PSM) menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini melalui pembangunan Aplikasi Perdana Kerajaan Elektronik. Selaras dengan usaha ini, Projek Sistem Maklumat PSM atau Human Resource Management Information System (HRMIS) telah dilaksanakan sebagai salah satu daripada projek perintis di bawah aplikasi Kerajaan Elektronik tersebut.
OBJEKTIF HRMIS
Objektif HRMIS adalah untuk:
(a) membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat PSM yang lebih lengkap;
(b) mengautomasikan proses-proses operasi PSM;
(c) membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemaskini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan;
(d) memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal, penyelarasan proses-proses sumber manusia dan capaian melalui single window;
(e) menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paper-less; dan
(f) menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemaskini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi.
CIRI-CIRI WEB BASED
Kemudahan Layan Diri : Melalui kemudahan layan diri yang disediakan, pegawai dapat melaksanakan, antara lain, perkara-perkara berikut:-
(i) mengemaskini rekod peribadi;
(ii) memohon dan menyemak cuti rehat;
(iii) mengemukakan tuntutan;
(iv) memantau prestasi kerja;
(v) memohon kursus yang bersesuaian;
(vi) membuat penilaian kompetensi;
(vii) memohon pertukaran; dan
(viii) memohon kaunseling.
Berasaskan Web
HRMIS telah dibangunkan berasaskan web (web-based) dan boleh dicapai melalui internet. Walau bagaimanapun, berdasarkan polisi keselamatan kerajaan semua aplikasi di bawah Projek Kerajaan Elektronik perlu menggunakan rangkaian EG*Net.
FUNGSI HRMIS
Pelaksanaan HRMIS secara menyeluruh dalam sektor awam akan dapat memberi faedah peningkatan kepuasan pengguna iaitu pengguna dapat menyemak status setiap transaksi yang dibuat melalui aplikasi HRMIS; kemasukan maklumat asas personel dan profil perkhidmatan tidak perlu dibuat berulang kali apabila berurusan melalui aplikasi,mengurangkan aktiviti manual dan bertindih dan sistem yang mesra pengguna. Selain itu, fungsi PSM dalam aplikasi HRMIS telah mengambil kira unsur-unsur penambahbaikkan proses dan aliran kerja supaya pengurus sumber manusia dapat memainkan peranan yang lebih strategik dan masa pemprosesan terutama bagi fungsi-fungsi operasi menjadi lebih pantas/cepat melalui penggunaan ICT terkini.
Pangkalan Data PSM Yang Berpusat Dan Bersepadu iaitu maklumat asas PSM seperti skim perkhidmatan, polisi, pekeliling dan garis panduan yang konsisten dapat memastikan penyeragaman pelaksanaan PSM; dan pengumpulan maklumat secara berpusat memudahkan urusan penganalisisan dan penjanaan laporan statistik berkaitan dengan PSM.
Rujukan :
1. http://www.eghrmis.gov.my/
No comments:
Post a Comment