Friday, December 21, 2012

Web Based Compensation and Planning



Web Based Compensation and Planning

            Pengurusan pampasan berkait rapat dengan pengurusan prestasi pekerja yang berkesan. Pampasan berasaskan web dan perancangan menyediakan belanjawan dan alat kenaikan merit untuk pengurus tahu berapa banyak mereka perlu membayar pekerja berdasarkan penilaian prestasi mereka, tahap gaji semasa dan pengalaman.  Pampasan berasaskan web ini merupakan perancangan penyelesaian yang fleksibel, berpatutan, mudah untuk dilaksanakan, dan innovatif untuk pengurus gunakan. Pada pendapat saya, dengan adanya sistem web bases ini ia menyokong perancangan merit, insentif jangka pendek, panjang insentif panjang, dan penyata jumlah pampasan pekerja. Jonathan Lister (2010) menyatakan bahawa pelan strategi untuk pampasan pekerja dan faedah menentukan berapa banyak organisasi perlu membayar pekerja.

Pengurusan sumber manusia boleh mentadbir gaji dan upah, penyediaan faedah dan elaun, bonus, penghargaan, pampasan eksekutif, penilaian pekerjaan, struktur pampasan dengan melaksanakn sistem perancangan pampasan dalam talian ini.  Disebabkan kepentingan ini, Milkovich dan Newman (2004), telah membentuk satu model komprehensif yang dipanggil model pampasan yang menerangkan bagaimana pentadbiran dilakukan oleh kebanyakan organisasi.  Kini pengurusan sumber manusia dengan menggunakan sistem talian amat membantu pengurusan mentadbir hal-hal yang berkaitan dengan pampasan.

Sistem pengurusan HR adalah komponen yang meliputi banyak aspek HR lain dari permohonan ke persaraan. Ia merekod data demografik dan alamat asas, pemilihan, latihan dan pembangunan, pengurusan keupayaan dan kemahiran, rekod perancangan pampasan dan aktiviti lain yang berkaitan. Sistem terkini membolehkan permohonan dan pemasukan data relevan ke dalam medan pangkalan data, memaklumkan majikan dan menyediakan pengurusan jawatan serta kawalan jawatan. Fungsi pengurusan sumber manusia melibatkan pengambilan, penempatan, penilaian, pampasan dan perkembangan pekerja di sebuah organisasi. Pada mulanya, perniagaan menggunakan sistem maklumat berdasarkan komputer untuk:
      mengeluarkan cek gaji dan laporan senarai gaji;
      mengekalkan rekod kakitangan;

Melalui pampasan sistem talian ini, pengurusan boleh mengaplikasikan fungsi berikut :

            Modul senarai gaji mengautomatikkan proses gaji melalui pengumpulan data tentang masa dan kehadiran pekerja, pengiraan potongan dan cukai serta penjanaan cek gaji berkala dan laporan cukai pekerja. Secara umum, data disuap dari sumber manusia dan modul jaga masa untuk mengira keupayaan deposit automatik dan penulisan cek secara manual. Sistem ini boleh meliputi segala transaksi berkaitan pekerja serta bersepadu dengan pengurusan kewangan sedia ada.
Modul pentadbiran faedah menyediakan sistem untuk membolehkan organisasi mentadbir dan mengesan penglibatan pekerja dalam program faedah. Lazimnya, ini meliputi insurans, pampasan, pembahagian keuntungan dan persaraan.

Menurut June M.L. Poon, pengurusan sumber manusia pampasan pekerja ialah ganjaran penggajian yang penting sekali ia mempengaruhi sikap, kepuasan dan produktiviti pekerja.  Oleh itu, dengan adanya sistem ini, ia memudahkan pengurusan dan juga pekerja .  Pekerja juga boleh menyemak status gaji, pampasan yang diterima melalui sistem ini.

Sekian, perkongsian ilmu daripada saya.  Moga kita mendapat manfaat bersama.

Rujukan :
1.      June M.L Poon, 2006. Pengurusan Sumber Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm126-155.
2.      Milkovich dan Newman (2004)
3.      Jonathan Lister (2010)

No comments:

Post a Comment