Natijahnya, Sistem
Maklumat sumber Manusia (HRIS) adalah gabungan dua bidang iaitu pengurusan
sumber manusia dan sistem maklumat. Dewasa ini bidang pengurusan sumber
maklumat semakin mencabar dengan yang demikian bahagian sumber manusia
memerlukan satu sistem maklumat yang baik supaya segala urusan berjalan
dengan cepat, berkesan dan dengan mudah untuk berkongsi sebarang maklumat
terkini. Itulah yang akan kita pelajari di dalam Sistem Maklumat sumber Manusia
(HRIS).
Konsep
sistem maklumat mengandungi teknologi, perisian, pembangunan dan pengurusan.
Teknologi iaitu perkakasan, perisian, pengurusan data, rangkaian komunikasi.
Perisian pula yang menghubungkan sistem maklumat yang ada di dalam sesesuatu
organisasi. Pada pendapat saya,sistem maklumat dan sistem teknologi perlu dipelajari kerana
ia menjadi satu komponen yang sangat penting bagi kejayaan organisasi dan
ia juga turut membantu perniagaan berkembang dan berdaya saing. Di dalam sistem
maklumat mengandungi manusia, perkakasan, perisian, sumber data dan rangkaian
komunikasi. Oleh yang demikian untuk berdaya saing organisasi perlu mengunakan
Sistem Maklumat sumber Manusia supaya lebih banyak faedah yang akan
mereka perolehi. Kita dapat melihat kaitan di antara penggunaan sistem
maklumat dan fungsinya di dalam menolong organisasi berdayasaing di pasaran
antarabangsa.
Dunia
kini sedang menghadapi cabaran yang berterusan, ia tidak hanya mengenai
teknologi yang berubah tetapi ia juga akan sentiasa membuat suatu evolusi dan
inovasi berkaitan dengan aspek kemanusiaan di samping menjadi suatu cabaran
kepada dunia (Drucker, Dyson, Handy, Saffo & Senge, 1997).
Kini
teknologi dunia semakin meningkat, hanya menggunakan hujung jari sahaja, apa
yang dikehendaki mudah didapati, tidak ketinggalan juga sistem maklumat yang
mengumpulkan pelbagai maklumat tentang organisasi. Antara maklumat yang
disimpan contohnya data peribadi pekerja, jadual gaji pekerja. Segala
permohonan hanya dibuat melalui sistem. Kesalahan dalam membuat dan menyimpan
maklumat dapat diminimumkan. Proses menjadikan maklumat mentah kepada maklumat
yang boleh digunakan menjadi lebih mudah. Ia akan memercepatkan urusan kerja.
Seterusnya dapat meningkatkan prestasi syarikat tersebut. Pekerja dapat
melakukan kerja dengan lebih efisyen dan teratur.
Dengan tugasan web folio ini,
saya harap pengetahuan mengenai Sistem Maklumat Sumber Manusia dapat saya fahami
dengan lebih baik berdasarkan penyelidikan khusus terhadap bab-bab khusus yang
telah saya pilih. Semoga kita mendapat
manfaat bersama.
No comments:
Post a Comment