Monday, December 10, 2012

Human Resource Recruiting and Staffing


Human Resource Recruiting and Staffing

Sistem maklumat sumber manusia sangat membantu dari aspek merekrut dan memilih kakitangan.  Dewasa ini, berdasarkan perkembangan sains dan teknologi, pengambilan dan pemilih staff kini dilakukan dengan berasas web kursus.  Sebagai contoh, di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), terdapat sistem yang membolehkan orang ramai untuk memohon jawatan kerajaan secara talian.  Beribu permohonan yang diterima akan diproses, disaring dan dipilih untuk dipanggil temuduga.  Seperti Gee juga, untuk permohonan kerja sebelum ini Gee memohon jawatan Setiausaha Pejabat di UTM secara talian.  Walaupun Gee staff dalaman, Gee masih juga perlu menggunakan sistem berasaskan web kursus ini bagi mengemaskinikan maklumat permohonan yang terkini walaupun maklumat Gee sebagai staff telah ada sebelum ini.

Menurut Byars dan Rue (2000), pemilihan merujuk kepada aktiviti yang terlibat dalam menentukan individu yang mempunyai kemungkinan paling tinggi untuk berjaya dalam sesuatu pekerjaan berbanding calon yang lain. Pemilihan juga ditakrif sebagai proses memilih individu yang memiliki kelayakan yang relevan untuk mengisi kekosongan jawatan dalam organisasi pada masa sekarang atau masa akan datang (Bohlander, Snell dan Sherman, 2001). 

Berdasarkan pemerhatian Gee, kini telah banyak web khusus yang mengunakan sistem merekrut pekerja seperti E-Recruitment, JobStreet.com, Guardianjob.com dan banyak lagi agensi yang telah menggunakan talian sebagai alternatif sistem di mana majikan mencari pekerja yang diperlukan dengan mengiklankan kekosongan yang ada dalam syarikat mereka.  Kini, ia telah menjadi trend di mana, di luar Negara sudah ada pekerja mengiklankan diri mereka dalam pasaran pekerjaan untuk rebutan organisasi-organisasi yang mencari kakitangan baru.

Secara umum, takrifannya adalah satu proses yang menarik dalam memilih dan mengekalkan individu yang cekap sahaja dalam organisasi menurut pendapat Robert E. Ployhart.  Pengguna yang menggunakan sistem ini boleh mengetahui tentang status permohonan mereka samada mereka lulus atau gagal diterima untuk bekerja dalam organisasi itu. Selain itu terdapat dua objektif utama mengapa sistem tersebut dibangunkan antaranya kerana untuk membantu pihak pengurusan sumber manusia mencari orang yang sesuai dan untuk mengurangkan pusing ganti pekerja. Oleh itu, perkara utama yang harus ditiitkberatkan ialah penyediaan resume yang cemerlang dan berkesan. Maksudnya, resume akan direka dan disusun agar bersifat mesra faham, mudah dan menarik untuk tatapan majikan yang menilai. Kini, tiada masalah untuk menyediakan resume memandangkan banyak agensi-agensi yang menawarkan perkhimatan memperbaiki mutu resume.

Menurut Lan O. Williamson (2003), organisasi mengumpulkan maklumat syarikat tentang sifat-sifat organisasi, proses pembelajaran tentang peluang pekerjaan dan sifat-sifat organisasi untuk menjadikan laman web sebagai alat pengambilan kakitangan. Hasilnya, penyampaian maklumat pekerjaan adalah penentu penting bagi mengukur keupayaan kejayaan dalam keberkesanannya dalam laman web organisasi.

Rujukan:

1.       Robert E. Ployhart, 2006. Staffing in the 21st Century: New Challenges and Strategic Opportunity Management.

2.       Lan O. Williamson, David p. Lepak, James King, 2003. The Effect of Company Recruitment Web Site Orientation On Individuals' Perceptions of Organization Attractiveness. Journal of Vocational Behavior. volume 62, Issue 2.

3.        Byars dan Rue (2000), Management: Skills and application

No comments:

Post a Comment